Why DSAI should take a break now
Salam
Semua tahu yang DSAI tidak bersalah, termasuklah hakim negara yang terlibat, peguam pendakwa, dan yang paling utama, Saiful sendiri.
Tetapi agenda pengadilan ini bukan berkisar tentang liwat sahaja, ianya berkisar tentang hala tuju politik Malaysia.
Apa yang diperkatakan DSAI dalam laman sosial rasmikan akan menjadi kenyataan saya kira dua ke tiga dekad lagi.
Ketika itu, mungkin didalam buku sejarah, akan menulis DSAI sabagai wira rakyat Malaysia.
Ingat semua, berdirinya Malaysia bukan kerana Melayu sahaja. Cina, India, Sabah & Sarawak lah yang bergabung semua untuk memakmurkan bumi Malaysia ini.
Jangan hanya kerana kononnya ingin menyelamatkan 'MELAYU' kita mematikan wira sebenar 'MALAYSIA'
Saya faham tindakan terpaksa 'menghentikan' karier politik DSAI dengan memenjarakan beliau. Ianya merupakan satu-satunya cara untuk menghentikan kebangkitan rakyat dengan menimbulkan soalan 'Sedangkan DSAI pun boleh kalah, siapalah kita untuk melawan'
Saya kira persoalan dan tabiat kita yang tidak ambil endah dan terlalu 'biarkanlah' menjadi penyakit yang memakan bangsa kita sendiri.
Tolong bangsaku..
Tolong Jangan 'biarkan luncai dengan labu-labunya'
Nur Syakirah Hamzah
12 Februari 2015
On thought of 'Why DSAI should take a break now'
Ulasan
Catat Ulasan