Aku mahu bingar, Aku mahu ke Pasar

Ya, aku mahu ke pasar, pasar malam di Tanjong Malim,
sudah lama rasanya tidak ketemu Abang Ayam Choppo dan Mak Cik kepok Lekor.

Aku bosan di Shah Alam, barangkali aku tidak pandai membawa diri,

Sungguh, aku tiada sahabat disini, dan aku tidak berusaha pun untuk memcipta persahabatan.
Malahan, aku kecilkan duniaku agar aku seorang sahaja yang tahu.

Ya, aku bosan dengan keadaan dan situasi ku kini, bosan kerana mulut petahku yang selalunya berbicara topik bodoh seperti Amran Fans di facebook tidak lagi kedengaran,

Ya, aku mahukan bingar, tetapi tidak di kelab-kelab maksiat. Aku mahukan teman bersembang, tetapi sayang, tiada sebutir topik pun yang dapat dibincang.

Mungkin kerana kurangnya ilmuku, mungkin kerana aku mengalami fasa baru, mungkin aku bukan aku yang dulu.


Peace yo!

Missing my mom and abah and Tanjong Malim

Ulasan

Catatan Popular