antara cari kerja dan habiskan study

ya memang aku akui aku agak terkapai-kapai sekarang ni. susah wo nak hidup sebab takde duit, walhal seblom ni ko makan gaji.. pastu tetibe ko nak berenti sebab ko tak suke keje ko dan ko saje sambung master sebab ko perlukan alasan yang kukuh untuk kembali ke rumah dan duduk di bawah ketiak mak ko semula.

aku tahu perasaan tu dan aku respect orang yang pilih the road not taken ni. hidup ni kalau takde matlamat memang akan agak terumbang-ambing. aku contohnya, memang susah nak stabilkan hidup aku semula lepas aku sambung master ni. ye lah,, time keje dulu gedik nak ambil komitment itu ini. contoh seperti dibawah

1)  ASB loan 1 = RM211
2) ASB loan 2 = RM 130
3) SCOOTER = RM50
4) DUIT KEBAJIKAN ADIK-BERADIK = RM100
5 INSURAN ETIQA = RM76
6) INSURAN MEDICAL PRUBSN =RM150
7) INSURAN ETIQA TWIN = RM100
8) INSURAN PA = RM30

KORANG NAMPAK TAK BETAPA BANYAK NYE KOMITMENT YANG AKU BUAT??

aku pon tak paham kenapa aku buat semua tu, time tu konon-konon nye berupa investment la... acah2 nak retire early.. padahal aku tak sedar yang aku keje swasta.. gaji pon tak tentu dapat on-time.. bila-bila masa boleh kene buang..tapi dalam cerita aku ni aku sendiri yang nak berenti.

time tu gagahkan aje nak sambung study, siyes malas kerja dan aku memang rase pekerjaan tu langsung tak sesuai dengan jiwa aku.

takde makna pon post aku kali ni, saje je nak luahkan perasaan. kepada yang bersimpati.. boleh lah membantu aku dengan meng-order makanan daripada aku sebab sekarang aku buat catering.
setakat 100 orang tu aku boleh cater lagi.. jangan majlis kahwin sudah la... ai x mampu nak buat. duit rolling pon kecik jer.. hihih''

ni contact number aku- kak chik 0192471322 ( seri ummie catering)
cover area tanjong malim, proton city, hulu bernam.

terima kasih in advance :)



Ulasan

Catatan Popular