Financial Goal !

Assalamualaikum 

Hello Malaysia!

Jadi, hari ni saya nak tulis pasal Financial Goal, bukan Team Harimau Malaya je yang boleh menjaringkan gol tau~~ kita pon boleh! yang membezakan goal kita dan goal mereka hanyalah bola dan duit! heheh

ok~~ ingat tak yang kite kene ketepikan/allocate kan 20% dari gaji kita sebagai peruntukan untuk financial goal kita?

Saya ambil contoh daripada post yang lepas :

Basic gaji RM2400
Gaji Bersih RM2136

20% dari gaji = RM427.20

daripada jumlah RM427.20 ni lah akan kita bahagikan kepada beberapa kumpulan gol!

Saya suka menetapkan gol kepada 3 bahagian iaitu 

1. gol jangka pendek
2. gol jangka sederhana
3. gol jangka panjang

Untuk cerita kali ini bayangkan contoh-contoh di bawah

1. GJPK = Vacation to Korea = RM3000
2. GJS=  Downpayment kereta = Rm5000
3. GJPJ= Emergency Fund = RM14,400

Mesti Pening nak bahagiakan duit yang seciput tu kepada 3 gol yang kita sendiri cipta ini kan..
So, untuk memudah cara, saya bahagikan 20% tu kepada 3 bahagian.

427.20/3 = RM142.40

Disini, kita mudahkan lagi pengiraan dengan membuntarkan kepada puluh yang terdekat, maksudnya duit yang perlu kita masuk dalam gol-gol kita adalah RM140 per gol.

Disini, mesti kita terfikir, lamanya nak simpan duit ni, entah bila la nak gol nya~~

Jangan mengeluh, ingat bahawa sikit-sikit kalau disimpan lama-lama jadi banyak!

Jadi bahagiakan Total RM gol kita dengan RM140 untuk mendapatkan berapa lama kita wajib menyimpan supaya gol kita tercapai!

cuba fahamkan pengiraan di bawah :)

1. GJPK = RM3000/RM140 = 21 bulan = 1.7 tahun
2. GJS = RM5000/RM140 = 35.7 bulan = 2.9 tahun
3. GJPJ = RM14400/RM140 = 103 bulan = 8.5 tahun

LIHAT! Semua duit yang kita kumpul sebenarnya membenarkan kita meng'gol'kan tabung kita!

Gol kewangan mungkin kelihatan menakutkan kerana tempoh penyimpanan yang sangat lama, kita khuatir yang kita akan menggunakan wang yang sudah disimpan ini atas pelbagai alasan atau sebab yang munasabah.

Jadi, saya sarankan supaya setiap gol yang dicipta haruslah diletakkan secara berasingan.
Maksudnya, masukkan duit untuk setiap gol ke dalam bank berasingan. 

Contohnya, masukkan GJPK ke dalam BIMB, GJS ke dalam Bank Muamalat. GJPJ ke dalam Bank Hong Leong.

Jika anda tidak mempunyai bank yang banyak, anda boleh juga menggabungkan duit-duit anda kedalam satu bank, tetapi anda mesti mempunyai disiplin yang tinggi untuk sentiasa mencatat jumlah yang sepatutnya setiap gol anda dapat!



Yeah!! remember, its not to late to menabung~~

u just need to remember every day is a new day! so, there will always time to start!

Saya akhiri post saya dengan sekeping gambar lama dan kata-kata yang dah bermain dalam kotak fikiran saya :)



Setiap yang kita rancang itu bukannya selalu menjadi kenyataan, tapi saya yakin, asalkan perancangan kita itu sentiasa berlandaskan akidah yang betul, berdoalah supaya ianya mendapat approval dari Allah!

Lots of LOVE from brand new Shakira

Pray for Better MAlaysia

Pray for our Brothers & Sisters

Missing My Mom & Abah (T_T)
















Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular