OH DUIT.. YANG PERGI
Assalamualaikum..
memang betul kata pepatah..
Duit mengalir bagai air...
ya... dan yang bijak sahaja mampu membuat empangan yang besar tanpa menghentikan pengaliran semulajadi air tersebut..
Dan.. aku telah dihujani dengan soalan..
"dah setahun keje, kete mane?"
"bape ringgit dah save untuk Euro Trip kite?"
"blanje la geng, dah hujung tahun ni, mesti bonus masyuk"
dan soalan-soalan yang seumpanya dengannya...
Ya...dan aku mampu tersenyum kerana tidak banyak jumlah yang aku dapat simpan..
rasanya lama benar Setahun ini berlalu.. kalau aku simpan RM100 sebulan pun, sekarang aku pasti ada rm1200.. tetapi tidak..
adoi... ini lah nasib orang yang tak tahu mengimpan duit... Shame on my self..
jadi aku tekad! aku akan belajar teknik menyimpan secara berhemah!!
aku mahukan kereta sebelum aku officially 25 y/o
aku mahukan rumah sebelum aku offcially 30 y/o
aku akan kongsi cara aku menyimpan duitku! dan aku akan buktikan aku boleh!!
Yang mahukan kejayaan menyimpan DUIT!
Ulasan
Catat Ulasan